assalamualaikum wbt...
Nak post resipi cake cheese saya yang pertama..sepanjang hidup tak pernah buat, tapi hari tu rasa macam nak cuba..dan petang tu saya keluar pergi beli barang..padahal time tu study week. Takpe lah bukan selalu, kebetulan pula duit masyyuukkk sikit time tu..ada peluanglah,,
antara bahan yang saya gunakan :
1) jubneh ( x kisah nak pakai jenis macam mana) jubneh tu maksudnya keju..dalam bahasa arab, maklumlah duk kat tanah arab..huu
2) gula kastor...tapi saya kisaQ ja gula tu bagi halus..
3) teloQ...2 biji ja
4) esen vanilla
5) jangan lupa buh tepung
Ok yang tu ja..
Cara nak buat dia, senang sahaja..
:: kisaQ jubneh sehingga hancur > masuk teloQ > pukul hingga kembang > lepas dah kembang, masukkan gula ... nak masuk gula ni, ikut suka...kalau dah rasa dia manis x payah bubuh dah. Kiranya x payah sukatan..ikut suka kita sahaja > lepas tu masukkan esen vanila > kisaQ lagi > buh tepung ikut suka, agak-agak dia x tepu sangat atau x caiyaQ sangat.. hari tu saya bubuh dalam 4 sudu makan. > kisaQ lagi sampai agak kembang.. > dan akhirnya, tuang ke dalam loyang yang dah disaluti mentega.. > bakar dalam 50 minit hingga sejam..
Tapi kena tengok juga, base on pengukus yang kita guna..kalau guna pengukus malaysia senang sikit. Pengukus saya guna, pakai je barang yang ada kat rumah. Renovate jadikan pengukus. Nasib baik jadi..Alhamdulillah..api sederhana je..
p/s : Pastikan pengukus dan ready ye..maksudnya air dah mendidih dan tinggal masukkan je loyang kek ke dalamnya.
Dan...alhamdulillah, jadi...rasa dia macam kek kat secret recipe..caiyaQ kat dalam mulut....senyum lebar yang makan..sehari ja, dah habis..:)
Selamat mencuba..
Cc : uncle google