Thursday, 21 November 2013
Kuatnya Kasih Itu
Tuesday, 4 June 2013
:: semoga berkat mengiringi.....
Hari ini sahara dibelah lagi
Berjalan menaiki coaster
Mencari, meneliti sejarah para anbiya'
Di hati ini terukir senyuman
Juga kerisauan
Mampukah untuk menghayati keajaiban ciptaan Allah
Mampukah untuk mendalami keindahan ciptaan Tuhan
Tidak mampu untuk menandingi Allah
Maha Besarnya Dia
Maha Penyayangnya Dia
Maha Pengampunnya Dia
Perjalanan ini
Semoga memberi manfaat buatku
Juga sahabat-sahabat yang ada bersama
Wednesday, 29 May 2013
:: kek jubneh (cheese cake)
assalamualaikum wbt...
Nak post resipi cake cheese saya yang pertama..sepanjang hidup tak pernah buat, tapi hari tu rasa macam nak cuba..dan petang tu saya keluar pergi beli barang..padahal time tu study week. Takpe lah bukan selalu, kebetulan pula duit masyyuukkk sikit time tu..ada peluanglah,,
antara bahan yang saya gunakan :
1) jubneh ( x kisah nak pakai jenis macam mana) jubneh tu maksudnya keju..dalam bahasa arab, maklumlah duk kat tanah arab..huu
2) gula kastor...tapi saya kisaQ ja gula tu bagi halus..
3) teloQ...2 biji ja
4) esen vanilla
5) jangan lupa buh tepung
Ok yang tu ja..
Cara nak buat dia, senang sahaja..
:: kisaQ jubneh sehingga hancur > masuk teloQ > pukul hingga kembang > lepas dah kembang, masukkan gula ... nak masuk gula ni, ikut suka...kalau dah rasa dia manis x payah bubuh dah. Kiranya x payah sukatan..ikut suka kita sahaja > lepas tu masukkan esen vanila > kisaQ lagi > buh tepung ikut suka, agak-agak dia x tepu sangat atau x caiyaQ sangat.. hari tu saya bubuh dalam 4 sudu makan. > kisaQ lagi sampai agak kembang.. > dan akhirnya, tuang ke dalam loyang yang dah disaluti mentega.. > bakar dalam 50 minit hingga sejam..
Tapi kena tengok juga, base on pengukus yang kita guna..kalau guna pengukus malaysia senang sikit. Pengukus saya guna, pakai je barang yang ada kat rumah. Renovate jadikan pengukus. Nasib baik jadi..Alhamdulillah..api sederhana je..
p/s : Pastikan pengukus dan ready ye..maksudnya air dah mendidih dan tinggal masukkan je loyang kek ke dalamnya.
Dan...alhamdulillah, jadi...rasa dia macam kek kat secret recipe..caiyaQ kat dalam mulut....senyum lebar yang makan..sehari ja, dah habis..:)
Selamat mencuba..
Cc : uncle google
:: duka itu...
Aku lihat dia menangis...
Sudah 2, 3 hari dia berkedaan begitu...
Sedih kulihat...
Sehingga aku juga turut bersedih...
Sehingga pelbagai bayangan bermain di minda ini...
Sehingga aku bisu seribu bahasa..
Mungkin dia rindu akan keluarganya...
Tidak aku nafikan...
Apa tidaknya, masuk tahun ini, ini tahun kedua dia tidak pulang...
Di saat sahabat-sahabat lain berseronok dan berdebar menanti saat untuk pulang...
Namun dia masih di sini tetap juga bersabar dengan penuh kesabaran...
Sejujurnya aku terpaku akan kesabarannya...
Sosok itu banyak mengajarku nilai sabar...
Aku menyayanginya seperti ada sesuatu yang istimewa padanya...
Yang kalau aku lepaskan, aku tak akan dapat sesuatu itu pada insan lain...
Aku ingin sayanginya...
Aku ingin memegangnya...
Aku ingin sentuh hatinya..
Ya Allah...jagai dia...
Saat aku tidak mampu...
Saat aku lalai dan alpa...
Jangan Kau biarkan dia...
Dia adikku...
Dia sahabatku...
Dia putri keluarganya...
Ya Allah...tabahkan hatinya...
Jadikan dia salah seorang hambaMu di syurga nanti...
Tuesday, 14 May 2013
Monday, 13 May 2013
:: HITAM atau PUTIH ? ::
Friday, 8 February 2013
.: Musim-Musim di Jordan :.
1) Musim Syita' atau musim sejuk...
Musim Syita' adalah musim yang paling seronok bagi semua penduduk Jordan. Juga sangat seronok buat pelajar-pelajar ajnabi dari Malaysia yang bertandang mencari ilmu ke negara Anbiya' ini. Maklumlah di Malaysia salji tak ada. Bila tiba musim sejuk sahaja semua gembira. Dan kegembiraan itu jelas terpancar di wajah-wajah pelajar Malaysia. Suhu sejuk pernah mencecah (-) darjah celcius. Sejuuukkkk......
#musim Syita' antara bulan Disember hingga bulan Febuari
2) Musim Robi' atau musim bunga...
Musim Robi' juga seronok. Pelbagai bunga yang kita akan lihat, contohnya bunga mawar, bunga sakura, bunga tepi-tepi jalan..Cantik mata memandang. Musim ni nak kata panas sangat x juga, nak kata sejuk pun x juga...tapi lebih banyak sejuk daripada panas....
#musim Robi' antara bulan Mac hingga bulan Mei
3) Musim Soifi atau musim panas...
Percaya atau tidak musim Soifi ni adalah musim yang paling tidak digemari ramai. Kenapa? Sebab panas sangat. Bukan panas macam di Malaysia, sebab kat Malaysia panas lembab, kalau kat Jordan ni panasnya panas kering.
4) Musim Kharuf atau musim luruh...
Pada musim Kharuf ni kita boleh lihat daun-daun pokok mulai luruh, gugur..Macam cerita Mohabbatein gitu..Masa musim ni dah nak start panas dah, sikit-sikit...cuaca dia adalah macam di Malaysia sikit-sikit. Dan masa tu ramai yang tak sabar nak tunggu Syita'....sejuk lagi
#musim Kharuf antara bulan September hingga bulan November
Thursday, 3 January 2013
.: pernah dahulu.... :.
Pernah dahulu aku merasa semua ini sia-sia..
Pernah dahulu aku membenci semua ini..
Pernah dahulu aku merasa seperti robot..
Pernah dahulu aku merasa tiada gunanya semua ini..
Aku ingin lari..lariii...lari ke tempat tidak ada yang mengenali aku..
Lari aku, membuatkan aku sampai ke sini..
Bumi Allah yang luas sekali berkatnya..
Bekalan untuk ku lari kukemaskan siap-siap..
Bersedia kan..
..Sebulan..dua bulan..
Hati ini memberontak..lapar katanya,,
Hati lapar??bagaimana??
Ya dia sangat lapar..juga dahaga..
Lapar kerana tidak ada makanan rohani masuk..dahaga kerana tidak air rohani masuk..
Dari situ penyesalan menyelubungi..
Dari situ kemurungan menimpa..
Dari situ hanya harapan kosong yang tinggal..
Ah, tak boleh selamanya begini..
Tangan ditadah setiap malam..
Memohon doa Allah Yang Satu..
Mencari dan terus mencari..
Akhirnya, aku jumpa..
Bersyukur aku..
Berterima kasih aku..
Apa yang sebenarnya aku ingin lari daripadanya?
Hmm..malu aku nyatakan..
Tapi demi ibrah, sebenarnya aku ingin lari dari menjadi pejuang!!..
Tapi Allah yang menciptakan aku lebih faham tentang fitrah ku..
Benar aku tak boleh hidup tanpa menjadi seorang pejuang..
Mudahan keinsafan ini berterusan..
Mudahan ketakutan ini sentiasa menyelubungi..
Dan yang paling utama, mudahan Allah tidak hilangkan keinginan aku terhadap perjuangan ini..
Demi khilafah islam..izinkan kami Ya Allah untuk menjadi salah seorang pejuang agamaMu yang Kau Redhai..
#hidup mulia mati syahid!!