Saturday, 20 October 2012

.: kenapa Hijrah Musafir? :.


Alhamdulillah, syukur ini saya panjatkan hanya kepada Allah Taala..kerana dengan limpah dan kurnia yang Dia berikan pada saya, saya masih boleh menghirup dan menghembuskan nafas seperti biasa. Tanpa sakit atau lelah..
Kenapa Hijrah Musafir? Sebenarnya sudah lama benar saya ingin menulis artikel tentang pemilihan nama buat blog saya ini. Hijrah Musafir.. mengapa?
Ingin saya kongsikan di sini, pemilihan nama ini adalah kerana saya kini seorang musafir di atas bumi  Allah. Memanglah, kita semuanya adalah musafir di bumi Allah.. ya betul..Cuma musafir saya adalah musafir seorang pelajar ke negeri Allah yang sangat subur..negeri apa? Tentulah bumi Syam atau lebih dikenali dengan Negara Jordan. Bertuah kan saya..hehe
Selain itu, sebenarnya sejak dahulu lagi saya sering bermusafir ke tempat orang. Semuanya demi mencari ilmu Allah SWT. Bermula sejak tingkatan satu, saya dengan keras dan degilnya memilih sekolah Agama yang jauh dari rumah, walaupun sebenarnya ada saja sekolah-sekolah berdekatan dengan rumah saya. Tapi entahlah, kuat sungguh hati saya ingin ke sekolah tersebut. Alasannya, sekolah itu adalah sekolah agama, dan saya ingin memperbetulkan cara solat saya sahaja ketika itu.
Ibu dan ayah saya adalah insane yang sangat memahami saya..kenapa? kerana, walaupun mereka melarang saya untuk ke sekolah tersebut, tetap juga mereka membantu saya. Saya sayang dengan mama dan ayah saya..
Setelah lima tahun saya bersekolah di sekolah agama tersebut, tiba pula untuk saya menyambung pengajian di peringkat IPT. Sekali lagi saya membuat keputusan yang sangat mengejutkan kedua orang tua saya. Saya memilih IPT Swasta di Kelantan, negeri Serambi Mekah. Seperti biasa kedua orang tua saya tidak membenarkan dan ibu saya adalah orang yang kuat sekali membantah. Hehe, tapi saya tahu walaupun ibu membantah tapi semua itu adalah demi saya..
Istikharah dan solat hajat menjadi teman saya setiap malam sehingga Allah Yang Maha Adil mengurniakan berita gembira buat saya. Ibu saya sendiri yang menghantar saya ke Kelantan. Suka-suka… kakak saya kata itulah kekuatan solat Istikharah dan solat Hajat jika kita betul-betul lakukannya dan mengharap hanya pada Allah. Benarlah Allah itu Maha Pemurah..
Berada di Kelantan selama 3 tahun sebagai pelajar diploma Usuluddin..alhamdulillah, tahun ke 3 saya berjaya menghabiskan pelajaran saya tanpa sangkut. Walaupun dengan susah payah…
            Kisah saya belum berakhir di situ..ada lagi..
            Lepas diploma kena ada ijazah. Inilah rezeki Allah namanya, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar Allah menghantar saya ke negeri Syam sekarang namanya Jordan untuk menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah. Ijazah Usuluddin.. ibu dan ayah saya benarkan ke? Macam biasalah, walaupun tidak benarkan saya yakin di hati kecil orang tua saya ada juga terdetik di hati mereka untuk memberi kebenaran pada saya. Dan akhirnya saya berada di sini….
                Sebab itulah saya menamakan blog saya ini Hijrah Musafir, sejak dahulu sehingga kini kerja saya hanya bermusafir.. dan sekarang saya berhijrah selama dua tahun (insyAllah) bermusafir di bumi Allah ini, demi mencari ilmu, dan saya harapkan agar sisa hidup saya selepas ini biarlah demi menyebarkan ilmu dan biar semua orang mendapat faedahnya.
                Terimalah HIJRAH MUSAFIR…..semoga bermanfaat untuk semua..

Saturday, 6 October 2012

ada apa dengan wanita muslim


.: Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim.. :.

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?



Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula-gula di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian

"Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?"

Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan..

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa....