Alhamdulillah, syukur ini saya
panjatkan hanya kepada Allah Taala..kerana dengan limpah dan kurnia yang Dia
berikan pada saya, saya masih boleh menghirup dan menghembuskan nafas seperti biasa.
Tanpa sakit atau lelah..
Kenapa Hijrah Musafir? Sebenarnya
sudah lama benar saya ingin menulis artikel tentang pemilihan nama buat blog
saya ini. Hijrah Musafir.. mengapa?
Ingin saya kongsikan di sini,
pemilihan nama ini adalah kerana saya kini seorang musafir di atas bumi Allah. Memanglah, kita semuanya adalah
musafir di bumi Allah.. ya betul..Cuma musafir saya adalah musafir seorang
pelajar ke negeri Allah yang sangat subur..negeri apa? Tentulah bumi Syam atau
lebih dikenali dengan Negara Jordan. Bertuah kan saya..hehe
Selain itu, sebenarnya sejak dahulu
lagi saya sering bermusafir ke tempat orang. Semuanya demi mencari ilmu Allah
SWT. Bermula sejak tingkatan satu, saya dengan keras dan degilnya memilih
sekolah Agama yang jauh dari rumah, walaupun sebenarnya ada saja
sekolah-sekolah berdekatan dengan rumah saya. Tapi entahlah, kuat sungguh hati
saya ingin ke sekolah tersebut. Alasannya, sekolah itu adalah sekolah agama,
dan saya ingin memperbetulkan cara solat saya sahaja ketika itu.
Ibu dan ayah saya adalah insane yang
sangat memahami saya..kenapa? kerana, walaupun mereka melarang saya untuk ke
sekolah tersebut, tetap juga mereka membantu saya. Saya sayang dengan mama dan
ayah saya..
Setelah lima tahun saya bersekolah
di sekolah agama tersebut, tiba pula untuk saya menyambung pengajian di
peringkat IPT. Sekali lagi saya membuat keputusan yang sangat mengejutkan kedua
orang tua saya. Saya memilih IPT Swasta di Kelantan, negeri Serambi Mekah. Seperti
biasa kedua orang tua saya tidak membenarkan dan ibu saya adalah orang yang
kuat sekali membantah. Hehe, tapi saya tahu walaupun ibu membantah tapi semua
itu adalah demi saya..
Istikharah dan solat hajat menjadi
teman saya setiap malam sehingga Allah Yang Maha Adil mengurniakan berita
gembira buat saya. Ibu saya sendiri yang menghantar saya ke Kelantan. Suka-suka…
kakak saya kata itulah kekuatan solat Istikharah dan solat Hajat jika kita
betul-betul lakukannya dan mengharap hanya pada Allah. Benarlah Allah itu Maha
Pemurah..
Berada di Kelantan selama 3 tahun sebagai pelajar diploma Usuluddin..alhamdulillah, tahun ke 3 saya berjaya menghabiskan
pelajaran saya tanpa sangkut. Walaupun dengan susah payah…
Kisah saya
belum berakhir di situ..ada lagi..
Lepas diploma
kena ada ijazah. Inilah rezeki Allah namanya, Alhamdulillah, Subhanallah,
Allahuakbar Allah menghantar saya ke negeri Syam sekarang namanya Jordan untuk
menyambung pelajaran saya di peringkat ijazah. Ijazah Usuluddin.. ibu dan ayah
saya benarkan ke? Macam biasalah, walaupun tidak benarkan saya yakin di hati
kecil orang tua saya ada juga terdetik di hati mereka untuk memberi kebenaran
pada saya. Dan akhirnya saya berada di sini….
Sebab
itulah saya menamakan blog saya ini Hijrah Musafir, sejak dahulu sehingga
kini kerja saya hanya bermusafir.. dan sekarang saya berhijrah selama dua tahun
(insyAllah) bermusafir di bumi Allah ini, demi mencari ilmu, dan saya harapkan
agar sisa hidup saya selepas ini biarlah demi menyebarkan ilmu dan biar semua
orang mendapat faedahnya.
Terimalah
HIJRAH MUSAFIR…..semoga bermanfaat untuk semua..