Thursday, 21 November 2013

Kuatnya Kasih Itu

Musim Shita' (musim sejuk) kembali lagi
Hari itu aku melawat sahabat yang berada di asrama
Aku menunggu di luar asrama sebelum dia membukakan aku pintu
Hari itu angin kuat beserta ribut pasir melanda
Sehinggakan mata ini sering tertutup dek angin bercampur pasir menerjah

Seketika aku berpaling ke sebelah kiri
Terlihat sebuah kem pelarian Syria
Kem itu dinamakan Kem Janubi

Melayang jauh fikiranku 
Memikirkan apa yang terjadi
Kem itu agak kabur di pandangan mata
Pasir-pasir kering berterbangan
Cuaca sejuk sampai ke tulang
Badan ku sedikit menggigil

Kalau aku menggigil, apalagi anak-anak kecil disana..
Kalau mataku masuk habuk, apalagi anak-anak kecil disana..
Kalau aku tidak tertahan, apalagi anak-anak kecil disana..

Teringat si kecil Marwan
Ketika kami kesana dia masih lagi berumur 2 hari
Kalau dikira-kira kini umurnya mencecah 5 bulan
Masih bayi
Tapi ibu dan keluarganya sangat tabah
Masih ingin membesarkan Marwan di dalam khemah itu

Aku hanya mampu memandang
Aku hanya mampu bermonolog
Aku hanya mampu bersimpati
Tapi aku.....aku belum mampu membantu
Maafkan aku .

Tuesday, 4 June 2013

:: semoga berkat mengiringi.....

Hari ini sahara dibelah lagi
Berjalan menaiki coaster
Mencari, meneliti sejarah para anbiya'
Di hati ini terukir senyuman
Juga kerisauan
Mampukah untuk menghayati keajaiban ciptaan Allah
Mampukah untuk mendalami keindahan ciptaan Tuhan

Tidak mampu untuk menandingi Allah
Maha Besarnya Dia
Maha Penyayangnya Dia
Maha Pengampunnya Dia

Perjalanan ini
Semoga memberi manfaat buatku
Juga sahabat-sahabat yang ada bersama

Wednesday, 29 May 2013

:: kek jubneh (cheese cake)

assalamualaikum wbt...

Nak post resipi cake cheese saya yang pertama..sepanjang hidup tak pernah buat, tapi hari tu rasa macam nak cuba..dan petang tu saya keluar pergi beli barang..padahal time tu study week. Takpe lah bukan selalu, kebetulan pula duit masyyuukkk sikit time tu..ada peluanglah,,

antara bahan yang saya gunakan :
1) jubneh ( x kisah nak pakai jenis macam mana) jubneh tu maksudnya keju..dalam bahasa arab, maklumlah duk kat tanah arab..huu
2) gula kastor...tapi saya kisaQ ja gula tu bagi halus..
3) teloQ...2 biji ja
4) esen vanilla
5) jangan lupa buh tepung

Ok yang tu ja..

Cara nak buat dia, senang sahaja..
:: kisaQ jubneh sehingga hancur > masuk teloQ > pukul hingga kembang > lepas dah kembang, masukkan gula ... nak masuk gula ni, ikut suka...kalau dah rasa dia manis x payah bubuh dah. Kiranya x payah sukatan..ikut suka kita sahaja > lepas tu masukkan esen vanila > kisaQ lagi > buh tepung ikut suka, agak-agak dia x tepu sangat atau x caiyaQ sangat.. hari tu saya bubuh dalam 4 sudu makan. > kisaQ lagi sampai agak kembang.. > dan akhirnya, tuang ke dalam loyang yang dah disaluti mentega.. > bakar dalam 50 minit hingga sejam..

Tapi kena tengok juga, base on pengukus yang kita guna..kalau guna pengukus malaysia senang sikit. Pengukus saya guna, pakai je barang yang ada kat rumah. Renovate jadikan pengukus. Nasib baik jadi..Alhamdulillah..api sederhana je..

p/s : Pastikan pengukus dan ready ye..maksudnya air dah mendidih dan tinggal masukkan je loyang kek ke dalamnya.

Dan...alhamdulillah, jadi...rasa dia macam kek kat secret recipe..caiyaQ kat dalam mulut....senyum lebar yang makan..sehari ja, dah habis..:)

Selamat mencuba..

Cc : uncle google

:: pemuda....

Aku juga ingin menjadi salah seorang pemuda itu...
Semoga Islam akan terus mekar di dunia ini..

:: duka itu...

Aku lihat dia menangis...
Sudah 2, 3 hari dia berkedaan begitu...
Sedih kulihat...
Sehingga aku juga turut bersedih...
Sehingga pelbagai bayangan bermain di minda ini...
Sehingga aku bisu seribu bahasa..

Mungkin dia rindu akan keluarganya...
Tidak aku nafikan...
Apa tidaknya, masuk tahun ini, ini tahun kedua dia tidak pulang...
Di saat sahabat-sahabat lain berseronok dan berdebar menanti saat untuk pulang...
Namun dia masih di sini tetap juga bersabar dengan penuh kesabaran...

Sejujurnya aku terpaku akan kesabarannya...
Sosok itu banyak mengajarku nilai sabar...
Aku menyayanginya seperti ada sesuatu yang istimewa padanya...
Yang kalau aku lepaskan, aku tak akan dapat sesuatu itu pada insan lain...

Aku ingin sayanginya...
Aku ingin memegangnya...
Aku ingin sentuh hatinya..

Ya Allah...jagai dia...
Saat aku tidak mampu...
Saat aku lalai dan alpa...
Jangan Kau biarkan dia...
Dia adikku...
Dia sahabatku...
Dia putri keluarganya...

Ya Allah...tabahkan hatinya...
Jadikan dia salah seorang hambaMu di syurga nanti...

Tuesday, 14 May 2013

Monday, 13 May 2013

:: HITAM atau PUTIH ? ::

Hitam atau Putih yang mana pilihan kita.

Hitam yang sering disinonimkan perkara-perkara negatif..

Dan Putih pula sentiasa disamakan dengan perkara-perkara positif..

Kita punya pilihan untuk memilih antara dua ini....yang Putihkah, atau yang Hitamkah..
Yang Baikkah atau yang Tidak Baikkah..

Pilihan ada pada kita....